Isnin, 20 Jun 2011

Ayah..u are superhero.



Ayah,
tiada yang dapat mengganti dirimu di dalam hidup ini,
diraut wajahmu tergambar 1001 kepenatan,
tetapi engkau tetap tersenyum,
sepanjang hidupmu telah berpenat-lelah,
untuk membesarkanku,membahagiakan keluargamu,
siapa aku hari ini adalah atas didikan mu,
kejayaan aku hari ini berasal dari keringat mu,
tiada dapat aku membalasnya
walaupun aku mempunyai jutaan ringgit.

Ya Allah,
Engkau permudahkanlah hidup kedua orang tua ku,
Engkau ampunilah dosa-dosa mereka,
Engkau kasihkanlah mereka seperti mana mereka kasihkan aku
dari aku kecil hingga dewasa & tempatkanlah mereka di sisi MU.
amin ya rabbal al amin.

AYAH,SELAMAT HARI BAPA KU UCAP PADA MU.

Me at Kuantan.."again!!!"..At LA HOTEL...


Ni aku tengah berkabung bawah selimut...
sejukkkkk sangat.
baby,please came here & make me warm again.
i'm so cold,my skin like vampire skin,never feel warm.
hehehe


ni la rupa bilik 2.
aku sorang tapi katil ada 2,
sape nak tido kat sebelah,
ha bayar la separuh..banyak cantek aku nak tanggung sume.
hahaha

Today 20hb6 la,ade paham.
aku g Kuantan ag sebab sok nak gerak g kemaman
nak apply keje kapal supply kat kemaman.
so aku pun check in la kat satu tempat ni name HOTEL LA.
kat kuantan,belakang terminal bas makmur.
kire ni tempat aku rest untuk melepaskan lelah
& untuk menempuh perjalanan sok hari ke kemaman.
aku check in mintak bilik single,ok la.
bilik da single tapi katil ade 2bijik.
"Pak cik,ni sape nak tido katil ag 1,adoyai,saya sorang je!!!"
hehehe.
bilik puas ati la,bayaran pun cuma rm96 per day.
xmahal tp rugi la tilam ag 1 xde orang tdo...hahaha.
pas 2 aku plak ble pasang air cond kuat2.
xpasal2 kesejukan...nak xnak terpakse berkabung dalam selimut.
hahaha..
best sangat kalau ada si dia,teman idup aku time ni,
aku rindu sangat2 ngan si dia,si cute yang cekci sangat.

p/s : babyyyyy,I MISS U A LOT LOT LOT & A LOT,
right now i really2 need u 2 keep accompany me,just U & ME.
together we spend time & no one disturd us.
I really miss that time,I MEAN I REALLY MISS IT :(....
i feel like i want 2 cry rite now.........................

Rabu, 15 Jun 2011

Projek bulan ni..

Bulan ni...
perghhhhhhh.....
banyak projek aku nak kene setelkan.

1st ) Pegi kuantan,pas 2 tunggu membe aku jemput
nak g kemaman,nak apply kapal supply plak,
crik rezeki...hehehe.

2nd ) Pegi Penang at Bukit Mertajam,nak jumpa insan
teristimewa dalam idup aku pas mama,ayah
& adik beradikku..of course la jumpa si dia..
Teman hidup+kekasih+bakal isteri..hehehe.


Birthday Gurl....


My sweet lovely mate
AZZAH ZATIL SHADIQIEN MOHD AFANDI

Happy 20th Birthday Aniversary.

daddy harap baby bahagia
bersama ngan famili tersayang,
daddy doakan semoga baby
dimurahkan rezeki,suksess dalam idup & pelajaran.
&
daddy harap perjalanan idup baby dipermudahkan
also
semoga ubungan kita ni berkekalan hingga
ke akhir hayat kita....

aminnnn

p/s : I LOVE U SO MUCH MY BIRTHDAY GURL,I MISS U A LOT

Selasa, 7 Jun 2011

Panggilan terakhir dariku.

Aku mengambil handphoneku
aku membuat panggilan di 1 nombor
nombor yang dahulu banyak khabar & cerita untukku
tapi
walaupun berkali-kali membuat panggilan itu
tiada yang mahu mengangkatnya
mungkin masih ada amarah,dendam @ ego
aku pun tidak tahu
mungkin disebaliknya

aku tidak kisah
mungkin ini panggilan terakhir dariku
panggilan ku hanya untuk mendengar
mendengar sesuatu & menyampaikan sesuatu
mendengar suara yang pernah terngiang-ngiang
satu suara yang aku tidak lagi marah,dendam & benci
dan aku tidak pernah mencuba untuk melupakan mahupun jemu
untuk mendengar suara itu
kerana suara seseorang itu
adalah suara seseorang yang aku pernah
sayang,rindu & cinta.

bagiku tiada guna aku hendak membenci
sebab suara itu aku pernah
sayang,rindu & cinta.

aku hanya ingin menyampaikan
kemaafan tulus dari hatiku,
nasihat dariku
&
kata-kata semangat
aku tidak kisah walaupun
suara aku di benci @ suara aku ni hanya menyakitkan hatinya
aku tak kisah
aku tak kisah
aku tak kisah
walau sedikit

aku da berusaha
tapi tiada yang sudi mendengar
tiada yang mahu menjawabnya
inilah panggilan terakhir dariku
nombor panggilan yang dahulu selalu kau nantikan
nombor panggilan yang istimewa bagi kita dahulu
mungkin akan hilang
mungkin tidak akan wujud lagi

aku tidak mahu menyakitkan hati kamu
dengan mendengar suaraku
kalau itu yang kamu mahu
aku tidak mahu membuat hidup kamu
dalam keadaan sengsara
kalau itu yang kamu rasa selepas
mendengar suaraku

bukan aku tidak mahukan kamu
tapi kamu yang tidak mahukan aku
kamu tidak pernah mendengar suara aku
suaraku hanya penyakit bagi dirimu
suaraku hanya menambah luka di hatimu
suaraku menyakitkan telingamu
itulah suaraku bagi mu
itulah yang sebenarnya

sekarang aku tidak lagi membuat panggilan

aku pula yang menanti panggilan itu

aku menanti usaha kamu untuk membuat panggilan itu

terpulang bagi dirimu
kau yang harus menentukan semua itu

nombor yang istimewa ini akan berakhir
berakhir pada malam ini
berdetiknya jam 12 malam
nombor ini akan tiada lagi
terpulang bagi diri mu
adakah kamu mahu mendengar suara yang menyakitkan hatimu ini???
mendengar buat kali yang terakhir???
terpulang bagi dirimu
keputusan di tangan mu
tanyalah hatimu itu
tiada paksaan sedikit pun dariku

aku hanya menanti sehingga detik 12 malam ini
menunggu kamu membuat panggilan itu
tiada lagi selepas itu
itulah panggilan terakhir untuk kita

Night at Genting.




This is our night at Genting Theme Park.
masing-masing dengan muka yang ceria
tapi
muka aku je yang nampak kusam sikit.

In front of Casino Monte Carlo not "Montel" Carlo..
hehehe.
Am my cousin da macam receptionist da
ha jemput la masuk......untuk bukan islam la


ala gambar kat banner pun jadi la.
janji kat genting.


haaaaaa
kat luar ni tempat paling sejuk sekali..
brrrrr
menggigil tau x...
masing-masing muka tahan kesejukan.
padan muka,sape suh tak bawak sweater..
hahaha


This is our night at Genting.
tempat ni memang best tp malam xde pe2 la,just jalan2 je.
kat atas ni suasana tenang sgt,inilah keindahan ciptaan tuhan.
malam 2 kitorang masing2 xbawak sweater,
kulit masing2 da kebal macam bewak @ biawak....hahaha.
last2 kitorang balik sebab masing2 bibir da pucat & kuku plak
da kaler biru sbb sejuk sgt.

(am asyik cakap,jom la balik ngah,aku xtahan ni..am xgunakan kehebatan dier
melawan kesejukan malam 2,sbb merendah diri kot..hahaha)

Thankx to am my cousin & shiera bcoz cube happykan aku
yang gundah gulana memikirkan something,
i'm really appreciate what u guys doing for me.
memang happy sgt mlm 2,pengalaman best aku & mereka.


THANX 4 U ALL.


Isnin, 6 Jun 2011

Memories



Memories of our life

It's so wonderfull

It will never lose

Forever

Even we try so hard to forget

It's stuck in our heart

Ask yourself

Am i wrong to say this ????


Hanya aku & kamu mengetahui.

Kenapa engkau berkata begitu.
kenapa engkau menyesal dengan keputusan mu 2tahun 11bulan dahulu.
aku tidak sedikit pun menyesal dengan keputusan ku dahulu untuk menerima mu.
adakah engkau membuat keputusan secara terpaksa ketika itu.
adakah 2tahun 11bulan yang lalu terlalu banyak kisah pahit untuk dirimu terima.
2tahun 11bulan dahulu banyak kisah antara kita.
aku bersyukur dapat menikmati hari itu.
tanpa penyesalan hingga ke hari ini walaupun sesaat.
bagiku itulah saat paling indah.
akulah manusia bertuah yang diberi peluang untuk menikmati detik itu.
bukan orang lain.....
Hanya aku dan kamu.....

Terima kasih kerana memberi aku perasaan itu,
Terima kasih kerana pernah sudi untuk memenuhi ruang hati gurun ini dengan Taman Firdausi,
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku suatu ketika dahulu,
Terima kasih di atas segala pengorbanan mu,
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku ketika sedih & susah,
Terima kasih kerana memberi aku rasa saat indah itu,
Terima kasih kerana mengajar aku,
Janganlah sesekali menyesalinya.....


Terima kasihku hanya untukmu.
Hanya engkau yang layak menerimanya
seikhlas dari hatiku.



Diriku Kini........?

Sekali lagi...
aku terjaga dari di ulit mimpi
kenapa tidur ku tidak lena

tidur ku lambat seperti biasa
tapi
terjaga lebih awal dari
penoreh yang hendak ke menoreh getah
Apa yang tidak kena?
Aku merasa sunyi di pagi yang kelam
tiada siapa menemani
aku keseorangan
menanti terbitnya
keindahan mentari seorang diri
ditemani unggas berterbangan

Makan pun tak berselera
sudah 2 hari tidak menjamah nasi
rokok semakin bertambah
sekarang 2kotak aku mampu habiskan
dalam masa sehari
badan hanya tinggal tulang

Mungkin diri ini
kekosongan,kesunyian
dulu ada teman untuk berbicara
kini
blog ini yang berbicara denganku
dulu
handphone ku sentiasa berdering
penuh dengan khabar berita
kini
handphone ku tak berguna
hanya di dalam laci meja
itulah tempatnya
dulu penuh tawa riang
sekarang
hanya berdiam

setiap hari terpandang akuarium ikan puyu ku
bertuah ikan puyu itu
walaupun terkurung
tapi senantiasa berteman
aku pula
walaupun bebas
tapi
hanya ditemani laptop & rokok

inilah kehidupanku
tak perlu sesiapa menyoal kenapa
sihat ataupun sakitku hanya aku yang tahu
makan & minum ku hanya aku yang jaga
tiada lagi seperti dulu
tiada yang peduli atau mengerti

alhamdulillah
inilah dugaanNYA kepadaku
aku diuji lagi
aku bersyukur nikmat
aku masih lagi disayangi & dikasihiNYA
Dia lebih mengerti makhluk ciptaanNYA
KetentuanNYA amatlah adil
aku hanya manusia biasa sentiasa terluka
kerana aku di anugerahi hati & akal
yang tidak dapat dicipta menggunakan mesin
hati & akalku hanya milikNYA

Alhamdulillah
syukur nikmatku kepada MU sentiasa bersamaku
tidak hilang walaupun hatiku diracuni
tidak luput walaupun akalku dinodai
HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI
aku redha dengan kehendak MU


Taman Firdausi.

Terima Kasih,
itu ucapanku kepadamu,
segalanya aku serah padamu,
Tiada sedikit tertinggal untukku,hanya untukmu,
Sejernih embun ikhlasnya hati.

Engkau yang pernah mengisi hati ini dengan bunga-bunga indah,
Bunga yang aku tidak akan dapat di Taman Firdausi,
Hanya engkau yang pernah bertahta di hati gurun ini,

Sedikit pun aku tidak pernah menyesal mengenali mu,
Sedikit pun aku tidak pernah malu untuk mencintai mu,
Sedikit pun tidak melupakan saat kita bersama,
Saat bersama yang sungguh indah yang pernah tercoret di nuraniku.

Engkau siram hati gurun ini hingga berubah menjadi Taman Syurga,
Taman yang tertulis nama tuan empunya yang menyiram hati gurun,
Engkau taburi pula kasih-sayang agar taman ini sentiasa segar meniti hari yang berlalu,
Taman dihati ini tak mampu dimiliki walaupun ditaburi wang jutaan ringgit,
kerna hati ini hanya milik mu,

Tapi sekarang taman ini di pagari,
Tiada siapa mampu memasuki taman ini mahupun mencerobohinya,
Taman ini sunyi kerana penjaganya tiada lagi,
Habis di tumbuhi lalang,semak-samun,kulat beracun & serangga perosak,
Menghancurkan taman ini kembali menjadi hati gurun

Taman ini hanya menanti tuan empunya yang pernah menyiram kasih-sayang kembali,
Menanti tiada sepi walaupun hampir menjadi hati gurun semula,
Tidak pernah jemu menanti walau sesaat,

Dimanakah menghilangnya si penyiram taman,
Adakah si penyiram itu jemu melihat taman indah ini lalu membiarkan taman ini berubah menjadi hati gurun semula???

Adakah si penyiram taman itu mempunyai taman yang lebih indah
dari taman firdausi???

Adakah si penyiram itu lupa dengan segala usahanya yang selama ini berpenat-lelah menjaga hati gurun sehingga menjadi Taman Firdausi????

Ahad, 5 Jun 2011

Syukur Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirahim..


Alhamdulillah
di atas segala nikmat & dugaan yang telah
ENGKAU telah kurniakan kepadaku.

YA ALLAH
TUHAN YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI.

YA ALLAH,
ENGKAU telah mengurniakan nikmat
cinta,menyintai,dicintai,menyayangi,tawa,
sedih,tangis,susah,senang,bahagia,marah,kecewa
ego,sombong dan seorang
teman yang pernah menemaniku.
nikmatmu itu teramatlah indah dan ENGKAU MAHA BERKUASA
untuk mengurniakan nikmat itu di dalam hidupku.

Di atas nikmat yang ENGKAU kurniakan itu di dalam hidupku,
aku telah alpa & melakukan kemungkaran yang ENGKAU amat tegah
di dalam agama MU yang suci .
sesungguhnya aku ialah hamba MU yang telah banyak melakukan dosa,
aku hamba MU yang jahil.

YA ALLAH,
ENGKAU ampunilah dosa hambamu ini,
ENGKAU ampunilah segala dosaku yang telah aku lakukan
kepada AZZAH ZATIL SHADIQIEN MOHD AFANDI.
sesungguhnya aku telah mengikut hawa nafsuku,sifat amarahku
dan akal fikiranku yang tegar dengan bisikan syaitan
serta sifat zalim yang lahir dari hatiku.
aku telah mengingkar apa yang telah ENGKAU murkai YA ALLAH.

YA ALLAH,
ENGKAU ampunilah segala dosa
AZZAH ZATIL SHADIQIEN MOHD AFANDI
keatas diriku serta keluargaku.
Di dalam hatiku yang tulus ikhlas ini benar-benar
telah memaafkannya & tidak tercalit sebesar kuman
pun hasad dengki YA ALLAH.
ENGKAU kurniakanlah teman hidup yang dapat membimbingnya
kejalan MU yang benar serta berikanlah petunjuk kepadanya
agar dia tidak sesat kejalan yang ENGKAU mungkar YA ALLAH.
YA ALLAH engkau kurniakanlah
nikmat kebahagiaan abadi di dunia & akhirat serta ENGKAU
sejahterakanlah hidup
AZZAH ZATIL SHADIQIEN MOHD AFANDI
serta keluarganya.
YA ALLAH,ENGKAU pertemukan la jodoh serta teman hidup yang sejati
kepada AZZAH ZATIL SHADIQIEN dan janganlah ENGKAU lukakan
serta hampakan hatinya itu dengan teman yang ingin mengambil
kesempatan & hanya mempergunakannya serta mempersia-siakannya
sesungguhnya hambamu ini tidak pernah layak walau sebesar zarah
pun untuk membimbing dia ke jalan yang ENGKAU redhoi
kerana hamba MU ini sentiasa melakukan dosa-dosa kecil & besar.
ENGKAU limpah kurniakanlah kejayaan serta ilmu yang berkat
lagi bermanfaat agar dapat dia memajukan agama & bangsa.
aku hambamu amat bersyukur dan redho
di atas segala nikmat dan ketentuan yang telah
ENGKAU catit di dalam KALAM MU YA ALLAH.

YA ALLAH,
ENGKAU satukanlah AZZAH ZATIL SHADIQIEN bersama teman
yang dapat memberikan cahaya kebahagiaan kepadanya.
ENGKAU jodohkannya dengan seorang yang lebih baik dariku yang
dapat memberikannya layanan yang sangat diperlukannya ketika
susah,senang,tawa & tangis .

Mungkin ini balasan yang setimpal aku patut terima
kerana telah melukakan hati kedua ibubapaku
yang telah bersusah-payah serta berpenat lelah
membesarkan aku suatu ketika dulu,
sehingga aku hampir memutuskan hubunganku
dengan mereka itu yang teramat mulia,terpuji
serta tinggi darjatnya disisimu YA ALLAH.
YA ALLAH,aku terima ketentuan ajal mautku ditangan MU
serta jodoh dan pertemuanku di atas kuasa MU YA ALLAH.

YA ALLAH.
HANYA ENGKAU YANG 1 YANG di SEMBAH
TIADA TUHAN SELAIN MU & ENGKAU MAHA BESAR
LAGI MAHA BERKUASA KE ATAS SEMUA CIPTAANMU.

Aku teramat bersyukur
dengan segala takdirMU,nikmatMU serta dugaanMU
yang ENGKAU turunkan kepada diriku,
aku terima dengan penuh kesyukuran dengan pintu hatiku
yang telah ENGKAU buka dan sinari dengan nur hidayah MU
YA ALLAH.

Aku amat bersyukur kerana ENGKAU telah hapuskan sifat
dendam,marah,ego,khianat,hasad dengki serta busuk hati
di dalam diriku....dan ENGKAU ganti sifat yang terkeji di dalam
diriku itu dengan sifat pemaaf yang selama ini hilang di dalam
hatiku...
sesungguhnya sifat pemaaf yang ENGKAU kurniakan kepadaku
telah menginsafkan aku dan ENGKAU tambah pula dengan
perasaan tenang yang memberikan segala kepuasan di dalam
hidupku setelah aku memaafkan semua musuhku yang memusuhiku
serta orang yang pernah menghina diriku.
YA ALLAH,sesungguhnya sifat pemaaf sesama manusia
yang ENGKAU kurniakan kepadaku teramat mulia dan tinggi
darjatnya sehingga aku terketar,menggigil,bersujud dan menangis
aku teramat takut,Apakah orang yang memusuhi serta
yang pernah aku sakiti melalui kata & perbuatan dapat memaafkan aku????
aku hamba MU yang teramat kerdil amat takutkan seksaan
di neraka jahanam yang akan ENGKAU campakkan hambaMU
yang melakukan kemungkaran sesama manusia
ketika berada di dunia.

segala keredhoanMU aku nikmati dan segala dugaan
yang ENGKAU berikan bermakna aku masih hamba MU
yang amat ENGKAU kasihi.
Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGASIHANI LAGI MAHA PENGAMPUNI.

YA ALLAH,
aku meminta keampunan darimu,
ENGKAU ampunilah dosa hambamu yang jahil ini,
ENGKAU limpah kurniakanlah kemaafan di hati
mereka yang memusuhiku & yang pernah aku sakiti
melalui kata-kata & perbuatan.
ENGKAU redhoilah hidup hambamu ini & berikanku
petunjuk agar aku dapat hindari dari segala kemungkaran MU
serta maksiat dirajai hawa nafsu di hatiku ini YA ALLAH.

YA ALLAH,
aku redho di atas segala takdir MU untuk menentukan
jodohku yang dapat memberikan aku kebahagiaan di dunia
dan jodoh yang dapat mendoakan kesejahteraan diriku ketika aku
pergi menghadap MU di alam barqah.
Aku berserah kepada MU kerana jodohku yang sejati
di dunia & di akhirat kelak hanya di atas
kehendak,ketentuan & takdir MU YA ALLAH
hanya ENGKAU yang lebih mengerti apa yang terbaik buat
hamba MU ini...
YA ALLAH,
ENGKAU makbulkan la doa hamba MU ini,
segalanya aku berserah kepada MU dengan penuh kesyukuran
yang ENGKAU kurniakan di dalam hatiku.

ALLAHUAKBAR,ALLAH YANG MAHA BESAR
LAGI MAHA BERKUASA KE ATAS CIPTAANNYA

AMIN YA RABBAL ALAMIN.
ALHAMDULILLAH
.
ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAM.

p/s : saya tujukan khas doa ni untuk seorang gadis bernama AZZAH ZATIL SHADIQIEN,
saya ingin meminta maaf dari lubuk hati saya,jika saya tidak dimaafkan saya tetap
redho & bersyukur kerana semuanya atas kehendak ilahi,saya mendoakan semoga
AZZAH ZATIL SHADIQIEN berbahagia bersama keluarga tersayang & bakal teman
baru yang lebih baik dari saya akan mengisi ruang kekosongan dihatinya,saya
memaafkan segala dosa & silap yang pernah AZZAH ZATIL SHADIQIEN lakukan .
saya ikhlas memaafkannya & tiada sedikit dendam di dalam hati saya.
saya sangat berterima kasih kepada AZZAH ZATIL kerana pernah mengisi hati saya
dan bersama saya ketika susah & senang suatu ketika dulu..assalamualaikum

My Trip To Kuantan Pahang.



I'm driving all the way to Kuantan.
with my cousin car friend name shiera
I'm driving white colour perodua myvi.
Car is in good condition but weather....
very-very heavy raining that day.
sampai aku tak nampak jalan & hanya berpandukan line putus2 kat highway
supaya tak xcident.
Tired & more tired.


Trip to Telok Chempedak Kuantan.
Full of happinest & fun
but
SADNESS DEEPLY IN MY HEART


My Cute Chubby cousin AM with his friend SHIERA.
SEMOGA BAHAGIA SELAMA-LAMANYA.
AMINNNNN.


Mentakedarah kat MC'D pas mandi kat Telok Chempedak.
LAPAU...LAPAU !!!


Teman-teman ku yang setia menemaniku suatu ketika dulu.
THANX SEBAB HADIR DALAM HIDUPKU
&
KETIKA TAWA & TANGISKU
tak lupa juga kepada cousin aku yang chubby.

I WILL ALWAY'S MISS U ALL.

5 jun 2011.
perjalanan ke kuantan bersama sepupu aku am dan kawannya shiera.
perjalanan 2 mmg happening,tp 2 hanya di luaran aku tp dihatiku hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.
OTW ke kuantan 2 hujan lebat sangat sampai aku xnampak jalan & kete yang ade
kat depan & hanya berpandukan line putus2 kat tgh highway supaya kitorang
x xcident..ngeri wooooo....
tp alhamdulillah walaupun drive laju sepanjang perjalanan 2 tp
kitorang sampai gak.
aku pun kol member aku time susah & senang mase aku study kat kuantan
dulu.
dorang datang teman aku pas 2 kitorang borak macam2 & bahan2 alud.
walaupun dorang bz sangat ngan study untuk final exam dorang tetap setia
menemani kitorang.
best sgt dpt jumpe member lame,rindu 2 sentiase ade utk dorang dalam
idup aku.
haaa lg 1 alud pas ni praktikal..gud luck for all my great friend that with
me for all the time & all the best for we all..

DON'T FORGET TO KEEP IN TOUCH WHENEVER & WHERE EVER WE WILL
CHOOSE OUR PATH IN OUR LIFE FOR THE GREATEST FRIEND
I HAD.

Sabtu, 4 Jun 2011

Coldplay - Fix You.




Lagu ni penuh ngan kata2 semangat..lagu ni gak is my favourite song dari dulu sampai skang..
xcaye g crik lirik lagu ni.
xkuasa aku nak terjemah.
hahaha. :)

My PreciousFamili Shopping.