Terima Kasih,
itu ucapanku kepadamu,
segalanya aku serah padamu,
Tiada sedikit tertinggal untukku,hanya untukmu,
Sejernih embun ikhlasnya hati.
Engkau yang pernah mengisi hati ini dengan bunga-bunga indah,
Bunga yang aku tidak akan dapat di Taman Firdausi,
Hanya engkau yang pernah bertahta di hati gurun ini,
Sedikit pun aku tidak pernah menyesal mengenali mu,
Sedikit pun aku tidak pernah malu untuk mencintai mu,
Sedikit pun tidak melupakan saat kita bersama,
Saat bersama yang sungguh indah yang pernah tercoret di nuraniku.
Engkau siram hati gurun ini hingga berubah menjadi Taman Syurga,
Taman yang tertulis nama tuan empunya yang menyiram hati gurun,
Engkau taburi pula kasih-sayang agar taman ini sentiasa segar meniti hari yang berlalu,
Taman dihati ini tak mampu dimiliki walaupun ditaburi wang jutaan ringgit,
kerna hati ini hanya milik mu,
Tapi sekarang taman ini di pagari,
Tiada siapa mampu memasuki taman ini mahupun mencerobohinya,
Taman ini sunyi kerana penjaganya tiada lagi,
Habis di tumbuhi lalang,semak-samun,kulat beracun & serangga perosak,
Menghancurkan taman ini kembali menjadi hati gurun
Taman ini hanya menanti tuan empunya yang pernah menyiram kasih-sayang kembali,
Menanti tiada sepi walaupun hampir menjadi hati gurun semula,
Tidak pernah jemu menanti walau sesaat,
Dimanakah menghilangnya si penyiram taman,
Adakah si penyiram itu jemu melihat taman indah ini lalu membiarkan taman ini berubah menjadi hati gurun semula???
Adakah si penyiram taman itu mempunyai taman yang lebih indah
dari taman firdausi???
Adakah si penyiram itu lupa dengan segala usahanya yang selama ini berpenat-lelah menjaga hati gurun sehingga menjadi Taman Firdausi????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan