Sabtu, 24 September 2011

Final Destination

Kini aku tiada lagi di dalam hidupnya.
mungkin itu yang terbaik bagi dirinya serta teman2 di sisinya.
telah ku dengar gelak tawanya semalam bersama teman2 di sisinya.
itu yang diperlukan bagi dirinya...
teman yang sentiasa menemaninya.
itu yang dapat membahagiakannya.
orang sepertinya tidak memerlukan aku.
orang sepertinya tidak akan memahami kerja aku.
aku lakukan kerja ini untuk mencari sesuap nasi.
inilah rezeki yang ALLAH s.w.t berikan kepadaku.
aku tidak kisah jika sakit dan perlu teruskan kerja ini.
akan aku kumpul duit sebagai bekalan untuk digunakan ketika
menemani bakal temanku sepanjang masa ketika aku
pertengahan umur sepanjang hidupku sehingga kami tua mewarnai hidup ini.
akan aku gunakan simpanan itu nanti untuk melakukan apa yang kami impikan.
itulah kata orang tua2 !
"bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian"
apa yang aku perlukan kini adalah seorang teman yang dapat
mengambil berat terhadap diriku tidak kira aku aku sihat atau sakit
serta dapat memahami diriku seadanya.
teman seperti itu yang sanggup berkorban untuk diriku
akan aku bahagiakan dirinya kelak.kerana diriku kini perlu
aku berharap agar sesiapa yang menjadi bakal isteri aku
dapat mengerti semua ini.
memenuhi tujuan untuk aku meniti masa hadapan.
kepada sesiapa yang pernah menjadi temanku,
aku doakan semoga berbahagia bersama teman baru
dan janganlah menyesal jika sudah tua kelak hendak
bersua muka bersama teman hidup pun susah.
kerana terlampau sibuk dengan kerjaya masing2.
sekadar bertemu diranjang untuk memenuhi tuntutan batin.
itu bukanlah hidup namanya.
aku bukanlah seperti itu,aku akan menemani teman hidupku
sepanjang hayatnya dan menjaganya ketika sakit serta
meniti hari tua bersama2.
ketika itu aku tidak perlukan duit.
itulah hikmahnya aku bekerja keras sekarang.
inilah rezekiku...alhamdulillah...
semoga engkau bahagia dengan jalan yang engkau pilih
sekarang bersama teman2mu.
aku hanyalah kisah lalu yang tidak pernah penting walau sesaat di dalam hidupmu
itulah diriku bagi dirimu,ketika itu janganlah engkau silap memilih kaca dan bukan permata.
terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari hidupku
terima kasih diatas segala2nya
dan aku sangat berterima kasih...semoga engkau sangat bahagia sekarang...
ketawalah sekarang dan janganlah engkau tangis berdarah kelak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan